Gambaran keseluruhan Mata_wang_kripto

Menurut Jan Lansky, sesebuah sistem mata wang kripto itu dibentuk setelah memenuhi enam syarat:[9]

  1. Ketiadaan pihak berpusat, pengagihan berdasarkan persetujuan kepada bentuk yang ingin diagihkan [sic].
  2. Unit serta pemilikan mata wang diperhatikan
  3. Sistem menetapkan sama ada unit mata wang baru dapat dihasilkan. Sekiranya demikian, sistem tersebut mentakrifkan keadaan asal-usulnya serta menentukan pemilikan unit ini.
  4. Pemilikan unit mata wang dapat dibuktikan secara khususnya melalui kriptografi.
  5. Sistem membenarkan transaksi dilakukan di mana pemilikan unit berkriptografi ditukar. Pernyataan transaksi hanya boleh dikeluarkan sesebuah entiti setelahpemilikan unit tersebut dapat dibuktikan.
  6. Seandainya dua arahan berbeda untuk penukarmilikan unit kritogafik sama dimasukkan secara serentak, maka sistem akan bertindak ke atas salah satu darinya.

Kebanyakan mata wang kriptowang direka agar dikurangkan penghasilan mata wang itu dengan sendirinya lalu meneghadkan jumlah keseluruhan mata wang yang akan berada dalam peredaran.[10] Mata wang kripto lebih sukar disita berbanding mata wang biasa lain yang berada dalam simpanan institusi kewangan atau dipegang dengan sendirinya[11] akibat tekonologi kriptografi yang bersifat menyokong mata wang sebegini.

Rujukan

WikiPedia: Mata_wang_kripto http://www.americanbanker.com/bankthink/how-crypto... http://bitcoinmagazine.com/12839/big-picture-china... http://www.digitaltrends.com/social-media/dogecoin... http://www.forbes.com/forbes/2011/0509/technology-... http://www.forbes.com/sites/kashmirhill/2014/01/31... http://economictimes.indiatimes.com/news/internati... http://www.investopedia.com/terms/a/altcoin.asp http://www.nasdaq.com/article/3-reasons-the-irs-bi... http://www.newsbtc.com/2015/09/09/what-is-the-diff... http://www.pcworld.com/article/2039184/bitcoin-dev...